♡ Cerpen : Kita sebagai anak. ~ Bahruddin Bekri ♡
Pada waktu itu, saya masih kecil, dengan rambut yang menutupi dahi, gigi susu yang masih utuh, dan tapak kaki belum kukuh. Dunia pada waktu itu berada dalam rangkulan saya. Katakan apa sahaja, pasti saya akan memperolehinya dengan bersahaja
Namun, ada juga perkara yang membuatkan dunia dirasakan terlalu besar untuk dirangkul. Ia membuat saya merapatkan diri ke dinding dengan mulut terkatup dan jantung berdegup laju. Waktu pula bagaikan terhenti, seperti jarum pada jam yang rosak.
Saya masih ingat pada waktu itu, ayah saya menoleh dengan mata kosong, dan bersuara dengan nada yang sudah hilang lemaknya. Dengan mimik wajah yang mahu mengatakan sesuatu, dia menarik nafas panjang dan perlahan-lahan menghampiri saya. Telinga lembut saya ditarik dan dipulas dengan tangannya yang kasar. Tanpa disuruh, air mata keluar semahunya, namun suara saya tertahan di dada. Tanpa berkata-kata, ayah akan berlalu dan menyisakan saya, yang melungsur tubuh lalu duduk memeluk kaki sambil tersedu. Dalam hati, saya membencinya dalam-dalam.
Dunia sudah meninggalkan saya. Saya tidak mengerti sebab sesaat ayah tersenyum dengan kata-kata yang berlemak, seketika kemudian dia menjadi sepi, dan hanya tangan yang berbicara, mendesak-desak.
Hinggalah pada suatu waktu, pada saat saya sudah mampu berfikir sendiri, saya mendengar sesuatu daripada seorang guru.
Katanya, "Kamu percaya? Ada tukang kayu yang kerjanya mengukir sepohon kayu mentah bertahun-tahun lamanya, tetapi tidak mahu menerima upah." Saya menggeleng. Tidak mungkin ada tukang kayu sebegitu.
Cikgu saya tersenyum dan menyambung,
" Ada, dan dia adalah ayah kamu." Saya mengerut dahi. "Ayah seperti tukang ukir kayu. Tukang ukir kayu mengukir kayu dengan hasrat, iaitu menebarkan pesona daripada ukirannya. Dia menukarkan kayu kosong dan tiada apa-apa, menjadi indah, dan menyegarkan. Memandangnya sahaja membuat manusia bergeming.
"Bagi mengukir kayu, sang tukang ukir ada pelbagai alat. Ada alat untuk permukaan lembut, dan ada juga untuk permukaan yang keras lagi degil. Semuanya digunakan bagi menjamin hasil ukiran yang indah. "Begitu juga antara kita dan ayah. Kita umpama kayu yang ada pelbagai sisi. Ada sisi keras dan ada sisi halus. Pada saat kita menyerlahkan sisi halus, semestinya ayah ada caranya, dan pada saat bahagian sisi keras pula, ayah ada caranya juga. Semuanya demi satu tujuan, iaitu menjadikan kita seorang manusia yang menebar pesona.
"Cuba bayangkan tukang kayu tadi menggunakan alat yang lembut bagi mengukir bahagian keras, pasti bahagian itu tidak mampu diukir, malah alatnya juga mungkin binasa. "Sesudah ukiran itu siap, jelas coraknya dan terang warnanya, dia akan membiarkan ukiran itu berdiri sendiri. Tukang kayu tadi hanya tersenyum tanpa meminta upah atas hasil kerjanya itu." Saya diam, tidak terkutik. Bayangan wajah ayah yang tersenyum pada saat uban sudah penuh, pada saat kulit sudah kendur,pada saat jejak kakinya sudah tidak dalam, menggelinjang hebat dalam kepala. Ayah adalah tukang kayu yang tidak langsung meminta upah.
"Kamu juga perlu ingat, semasa mengukir kayu, tukang kayu tadi berkali-kali terluka dengan alatanya sendiri. Dia terluka kerana tidak mahu ukirannya rosak. Saat luka paling dalam dan paling parah, adalah pada saat dia mengukir kayu bahagian kayu yang paling keras, kerana alatan yang digunakan pada bahagian itu adalah yang paling tajam." Guru saya berwajah teguh memandang saya. Saya terus diam. Bayangan ayah yang menoleh dengan mata yang kosong, bersuara dengan nada yang sudah hilang lemaknya, juga mimik wajah yang mahu mengatakan sesuatu dan menarik telinga saya, terus masuk ke kepala. Saya diam. Perlahan - lahan, air mata saya luruh dengan suara yang tertahan di dada. Sama seperti semasa saya kecil.
Pastinya ayah pada waktu itu turut terluka dengan perbuatannya sendiri, lalu ayah menarik nafas panjang dan segera berlalu. Dia tidak mahu melihat saya begitu kerana dia sudah cukup terluka. Ayah, maafkan anakmu kerana pernah membencimu. Maaf juga kerana anakmu tidak mampu menjadi ukiran terbaik, kerana lama terdedah kepada cuaca hingga berkulat, malah cat yang ayah oles mulai tanggal. Anai-anai juga mula membocorkan ukiran ayah ini. Maaf, ayah. Doakan sahaja, ukiranmu ini akan terus menebar pesona, walaupun ia renta dengan dosa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan